Kenyataan saya disalah anggap - Annuar - Utusan Malaysia

Kenyataan saya disalah anggap – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, kenyataannya berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis telah disalah anggap, justeru beliau secara terbuka hari ini memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung.

Ahli Parlimen Ketereh itu menjelaskan, kenyataannya itu sama sekali tidak merujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi.

Jelasnya, beliau sangat menghormati Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri yang juga negarawan dan bekas ketuanya ketika dalam Kabinet dahulu.

“Dalam kenyataan saya itu saya katakan bahawa pilihan raya ini berlaku kerana takdir Ilahi, ia boleh berlaku di mana-mana sahaja mungkin Langkawi, saya sebut Bera, saya juga sebut Ketereh.

“Jangan terasa sebab itu bukan perwatakan saya dalam menyebut sesuatu perkara seperti yang didakwa oleh pihak lain, saya cakap sangat mudah bahawa pilihan raya itu berlaku kerana takdir Ilahi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Annuar sebelum ini dilaporkan menggambarkan PRK DUN Sungai Kandis sebagai ujian daripada Allah SWT dan mungkin akan berlaku di kawasan lain termasuk di Langkawi.

Kenyataan itu kemudian dibidas pelbagai pihak termasuk Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN