Kenyataan Saifuddin tidak berasas, rasis - Utusan Malaysia

Kenyataan Saifuddin tidak berasas, rasis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Beberapa pertubuhan perniagaan India Muslim melahirkan rasa kecewa dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kerana mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan mereka berhubung dakwaan ‘restoran mamak’ masih mengekalkan harga lama walaupun cukai barang dan perkhid­matan (GST) disifarkan sejak 1 Jun lalu.

Syed Jamarulkhan S. Kadir
Syed Jamarulkhan S. Kadir

Wakil mereka, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin), Datuk Syed Jamarulkhan S. Kadir memberitahu, kenyataan Saifuddin itu bukan sahaja tidak berasas, malah berbentuk rasis.

“Kenapa beliau perlu menamakan restoran India Muslim sahaja, adakah pengusaha lain sudah mematuhi arahan tersebut.

“Pada pandangan kami kenyataan itu rasis, tertumpu pada satu kaum dan cubaan menuduh seolah-olah kami tidak jujur dalam menjalankan perniagaaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Presiden Mimcoin, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak serta Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim), Datuk Dhajudeen Shahul Hameed.

Jelas Syed Jamarulkhan, selepas GST disifarkan, pengusaha restoran India Muslim telah menurunkan harga jualan dan Saifuddin diminta berhenti menyalahkan sesebuah kaum dalam apa isu sekali pun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN