KUALA LUMPUR 6 Julai – Kenyataan bahawa kira-kira 70 peratus barangan asas mengalami penurunan harga selepas kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjadi sifar bermula 1 Jun lalu, amat meragukan. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, kenyataan dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu tidak disertakan bukti serta butiran kajian yang dijalankan Majlis Harga Negara. “Saya mendapat banyak rungutan…










