Kempen kawalan guna gajet, keluarga bijak siber perlu diperluas - Utusan Malaysia

Kempen kawalan guna gajet, keluarga bijak siber perlu diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN – Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu kempen kawalan penggunaan gajet dan keluarga bijak siber diperluas sebagai usaha mengekang anak-anak daripada terdedah kepada bahan lucah dan pornografi dalam Internet.

Beliau berkata, kempen seumpama itu boleh dilaksanakan melalui agensi kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan bagi meningkatkan tahap kesedaran keluarga dan masyarakat dalam mengawal penggunaan gajet selain melayari alam siber secara berhemah.

“Program (kempen) sebegini perlu melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam memastikan kesejahteraan keluarga di Malaysia pada masa mendatang,” katanya berucap merasmikan Seminar Sekeluarga Tolak Pornografi (SToP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew dan Pembantu Menteri Kewangan negeri, Kenny Chua.

Wan Azizah berkata, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima 2014 menunjukkan medium komunikasi  dalam kalangan remaja dengan ibu bapa adalah melalui telefon (73.0 peratus), sistem pesanan ringkas (54.6 peratus) dan media sosial (15.6 peratus), sekali gus memperlihat penggunaan gajet begitu ketara dalam kalangan mereka pada masa kini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN