Kementerian tidak akan toleransi isu jenayah seks di sekolah - Utusan Malaysia

Kementerian tidak akan toleransi isu jenayah seks di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan tidak akan bertoleransi dengan isu-isu jenayah seks di sekolah dan akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana pihak yang terlibat, kata Menterinya, Maszlee Malik.

Maszlee berkata, beliau memandang serius isu salah laku seksual dalam kalangan guru kerana bagi saya ia suatu jenayah yang berat.

“Sesungguhnya tiada tempat bagi penjenayah seks di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, seorang guru lelaki berusia 40 tahun yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Georgetown, Pulau Pinang ditahan selepas polis menerima laporan daripada beberapa murid lelaki mendakwa dicabul semasa sesi pembelajaran di sekolah berkenaan.

Pada 19 Julai pula, seorang guru lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap seorang murid perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah di Ampang,  Selangor. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×