BATU MAUNG – Kementerian Kerja Raya akan mengkaji semula semua projek infrastruktur yang telah diluluskan sebelum ini bagi mengenal pasti tahap keperluannya. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, kementerian itu bertanggungjawab untuk membina infrastruktur yang baik bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan sehubungan itu keutamaan akan diberi kepada projek-projek yang diperlukan oleh rakyat. “Selepas empat hari memegang jawatan menteri, saya difahamkan terdapat beberapa projek kategori kritikal dan sangat kritikal yang…










