Kembalikan keyakinan rakyat terhadap parti - Utusan Malaysia

Kembalikan keyakinan rakyat terhadap parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Barisan kepemimpinan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang baharu dilantik hari ini diharap dapat mengembalikan semula keyakinan masyarakat terhadap parti.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh dengan semua yang dilantik termasuk Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang baharu.

“Wanita UMNO menaruh harapan yang tinggi agar amanah yang telah diberikan ini akan dilaksanakan sebaik mungkin dalam perjuangan mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami bersedia sepenuhnya untuk bekerja bersama-sama dengan semua pemimpin yang telah dipilih dan dilantik dalam menjayakan kebangkitan UMNO demi rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menerusi kenyataan akhbar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dikeluarkan di sini hari ini, barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) lantikan bagi penggal 2018-2021 terdiri daripada 11 pemimpin antaranya Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, Datuk Johan Abdul Aziz, Datuk Azizah Mohd. Dun, Datuk Abdul Rahman Mohamad, Datuk Seri Hajiji Noor dan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Di samping itu, Ahmad Zahid menerusi kenyataan yang disiarkan di portal UMNO Online itu turut mengumumkan senarai pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha badan perhubungan di semua negeri. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×