IPOH 17 Julai – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, semua pihak tidak harus ditinggalkan dalam proses menjadikan Malaysia ke arah kematangan demokrasi setanding negara lain. Baginda bertitah, ini termasuk mereka yang mungkin tidak sehaluan walaupun usaha untuk merealisasikannya bakal berdepan keperitan sukar selepas keputusan Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini. Titah baginda, amalan tidak sihat yang dipraktikkan oleh negara tertentu yang mana ‘pemenangnya memonopoli semua’ harus dielakkan, sebaliknya…










