Keluarga masih menunggu berita sahih - Utusan Malaysia

Keluarga masih menunggu berita sahih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Keluarga Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, yang dilaporkan maut dalam gempa bumi di Lombok hari ini masih terkejut dengan kejadian menimpa anak mereka.

SITI NUR IESMAWIDA
SITI NUR IESMAWIDA antara mangsa korban gempa bumi di Lombok, Indonesia awal pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

Bapa mangsa, Ismail Abdul Raffar,62, berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang pengesahan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sehingga pukul 6 petang tadi, tiada mana-mana pihak sama ada Kedutaan Malaysia di Jakarta ataupun Kementerian Luar menghubungi mereka bagi memaklumkan perkara itu.

“Saya dapat tahu mengenai kejadian gempa bumi itu melalui media sosial setelah diberitahu anak-anak yang mendapat maklumat tersebut.

“Selain daripada itu saya masih samar dan pelbagai persoalan bermain difikiran ketika ini serta berharap semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Ismail memberitahu, pihaknya berharap kerajaan dapat membawa dia atau suami Siti Nur Ismawida ke Lombok bagi membuat pengecaman mayat sekiranya mangsa yang terkorban itu benar anaknya.

“Saya juga hanya tahu perkara itu ketika menonton berita tengah hari tadi.

“Saya harap pihak kerajaan dapat membantu kami (keluarga) untuk mempercepatkan proses pengecaman dan membawa pulang jenazah ke sini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN