KOTA BHARU 26 Julai – Kerajaan Pas Kelantan tidak akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) kerana bertentangan dengan asas Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
![]() |
|
Ahmad Yakob
|
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pengiktirafan UEC akan menyebabkan pembentukan jati diri bangsa Malaysia akan terjejas disebabkan kurangnya penguasaan Bahasa Melayu dan tidak memahami dengan jelas sejarah negara ini.
Beliau berkata, semua pihak perlu berhati-hati dalam isu ini kerana kesan daripadanya amat besar kepada negara.
“Perkara ini (pengiktiragan UEC) saya ikuti, kita mesti berhati-hati sebab melibatkan melibatakan ketuanan Melayu dan Bahasa Melayu malah lebih daripada itu.
“Pandangan semua pihak berhubung isu ini amat baik, dan saya berharap lebih ramai yang akan memberikan pandangan sebelum berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketiak diminta mengulas mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang tidak bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang mengiktiraf UEC. – UTUSAN ONLINE











