KOTA BHARU 26 Julai – Kerajaan Pas Kelantan tidak akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) kerana bertentangan dengan asas Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ahmad Yakob Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pengiktirafan UEC akan menyebabkan pembentukan jati diri bangsa Malaysia akan terjejas disebabkan kurangnya penguasaan Bahasa Melayu dan tidak memahami dengan jelas sejarah negara ini. Beliau berkata, semua pihak perlu berhati-hati dalam isu ini kerana kesan daripadanya amat besar…










