MENJADI antara filem tempatan yang paling ditunggu-tunggu tahun 2018, Pulang arahan pengarah profilik, Kabir Bhatia ternyata menghadirkan magis dan kualiti tersendiri. Usah disentuh soal sinematografi yang sememangnya menjadi kepakaran Kabir, dari segi lakonan, naratif dan skor muzik, segera boleh disifatkan telah melakar kejayaan sebagai antara filem paling sempurna terjemahannya di layar perak tahun ini. Diilhamkan daripada kisah benar merentasi tiga generasi keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham…










