Kekalkan Mara sebagai satu agensi amanah - Zahid - Utusan Malaysia

Kekalkan Mara sebagai satu agensi amanah – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – UMNO menentang sebarang usaha kerajaan untuk merombak aktiviti utama Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui konsep ‘pengasingan dan penyerapan’ ke bawah beberapa kementerian seperti Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Pelajaran.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi jika formula tersebut dilaksanakan ia merupakan jalan kepada penutupan dan pemansuhan Mara yang selama ini telah banyak berjasa dalam pembangunan Melayu dan Bumiputera di seluruh negara.

Tegas Ahmad Zahid, kerajaan perlu sedar Mara wujud mengikut Akta Parlimen pada tahun 1966 dan telah dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat. Justeru sebarang rombakan perlu dibawa semula ke Parlimen.

“Mara tidak wajar menjadi mangsa kekejaman politik atau politik balas dendam. Mara terbentuk dari resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada 1965 yang mahukan agenda perjuangan Bumiputera diperjuangkan.

“UMNO percaya usaha memecah-kecilkan Mara dan diletakkan dalam pelbagai kementerian akan menyukarkan Mara mencapai matlamatnya membantu Melayu dan Bumiputera,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, UMNO mahu kerajaan mengekalkan Mara sebagai satu agensi amanah Bumiputera yang dapat meneruskan perjuangan seperti yang dihasratkan oleh Kongres Bumiputera menerusi seliaan satu kementerian.

UMNO juga berharap kerajaan harus bertindak rasional menjaga kepentingan awam dengan mengekalkan agensi yang selama ini menjadi nadi kepada ekosistem masyarakat akar umbi.-UTUSAN ONLINE  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN