Kehilangan MH370 terus misteri - Utusan Malaysia

Kehilangan MH370 terus misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Punca sebenar kehila­ngan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines pada bulan Mac 2014 tidak dapat dikenal pasti kerana kekurangan bukti kukuh.

Rumusan itu dibuat oleh Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerba­ngan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia berdasarkan tujuh bidang analisis utama selepas le­bih empat tahun menjalankan siasatan.

Tujuh bidang analisis itu iaitu lencongan pesawat dari laluan asal penerbangan, profil kru, layak terbang, penyelenggaraan dan sistem pesawat, komunikasi satelit, maklumat bangkai dan impak pesawat, muatan kargo serta perkhidmatan trafik udara.

Ketua pasukan penyiasatnya, Datuk Kok Soo Chon berkata, tanpa pemeriksaan terhadap bangkai pesawat serta maklumat rakaman data penerbangan, penyiasatan itu tidak dapat mengenal pasti sebarang kegagalan sistem atau pesawat yang munasabah.

“Bagaimanapun, ke­kurangan bukti tidak menghalang pasukan penyiasat untuk menying­kirkan sebarang kemungkinan namun pihak penyiasat juga tidak menolak terdapat gangguan oleh pihak ketiga,” katanya pada sidang akhbar khas di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN