Kedudukan Vigneswaran tidak bercanggah dengan Perlembagaan - Utusan Malaysia

Kedudukan Vigneswaran tidak bercanggah dengan Perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Kedudukan Presiden MIC yang baharu, Senator Tan Sri S. A. Vigneswaran sebagai yang Dipertua Dewan Negara adalah langsung tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan walaupun beliau memegang jawatan nombor satu dalam parti politik.

S. A. VIGNESWARAN
S. A. VIGNESWARAN

Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, Datuk C. Sivaraajh berkata, pelantikan Vigneswaran sebagai Senator pada tahun 2016 adalah masih sah sehingga kini dan kedudukannya sebagai Presiden MIC pula dipilih melalui proses demokrasi.

“Pemuda MIC ingin mengingatkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng bahawa tiada apa-apa dalam Perlembagaan yang menghalang Presiden baharu MIC daripada mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

“Jika beliau melepaskan kedudukan sebagai presiden, ia seolah-olah tidak menghormati ahli MIC yang telah menyokongnya untuk menjadi pemimpin parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Lip Eng sebelum ini meminta Vigneswaran untuk melepas jawatannya sebagai Presiden MIC jika beliau mahu kekal sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan perkara itu akan membolehkan Pakatan Harapan melantik calonnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN