PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan akan melihat semula keberkesanan undang-undang sedia ada dalam menangani kes memandu dalam keadaan mabuk terutamanya dalam soal hukuman yang dikenakan, kata Menterinya Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata penyelesaian segera perlu dicari bagi menangani isu itu selepas peruntukan sedia ada dalam undang-undang berkaitan dilihat tidak setimpal berbanding kesan daripada kesalahan tersebut. “Sekiranya aspek undang-undang sedia ada tidak cukup ketat, kita akan pertimbang untuk memperketatkannya selepas ini,” katanya mengulas insiden empat lelaki maut dan seorang lagi patah kaki setelah dirempuh kereta dipandu pemandu mabuk di Tawau, Sabah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya