Setiap insan
harus menegakkan kebenaran
walau musuh menyerang
kebenaran tetap kebenaran
yang harus dipertahankan.
Kebenaran sering dinafikan
Ada berita tentang kebenaran
dimanipulasi mahupun dihitamkan
dengan sogokan daripada tangan-tangan
kebiadapan.
Ada yang kalah berhujah
ada yang kalah perbicaraan
kerana kebenaran telah disembunyikan
di bawah katil para tirani demi kuasa
pangkat dan harta.
Kita harus terus melawan kejahilan
bukan sekadar cakap-cakap kosong
kita akan terus kehilangan maruah
jika kejahilan bermaharajalela
kebenaran adalah putih cinta
yang indah dan wangi di halaman
pengabdian.
EFANDI YUSOP
Banting, Selangor.









