Kebakaran tangki minyak mentah dijangka dapat dikawal 48 jam lagi - Utusan Malaysia

Kebakaran tangki minyak mentah dijangka dapat dikawal 48 jam lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Kebakaran yang memusnahkan tiga tangki simpanan minyak mentah Kemaman Bitumen Company (KBC) di kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini sejak petang semalam dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam lagi.

KBC dalam satu kenyataan berkata, usaha memadam dan mengawal kebakaran sedang giat dijalankan oleh anggota bomba namun, kejadian tersebut tidak menjejaskan keseluruhan kilang ataupun kawasan perumahan dan premis perniagaan yang terletak berhampiran.

“KBC akan menjalankan siasatan terperinci sebaik sahaja kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dan segala maklumat akan disalurkan kepada pihak berkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk makluman, operasi kilang telah dihentikan sejak tiga minggu lalu dan tiada sebarang kerja-kerja dijalankan ketika kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, ketika kejadian berlaku, KBC telah mengambil langkah awal dengan menutup bekalan gas asli dan terus melaporkannya kepada pihak bomba.

“Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut namun seorang pekerja syarikat kontraktor cedera akibat melecur dan segera dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sehingga pukul  6.30 petang  tadi, operasi pemadaman masih diteruskan oleh anggota bomba. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN