KBS bincang jalin kerjasama dengan Pacquiao - Utusan Malaysia

KBS bincang jalin kerjasama dengan Pacquiao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan susulan de­ngan juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Manny Pacquiao mengenai pemba­ngunan sukan tinju di negara ini.

Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata KBS akan membincangkan bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk memastikan sukan tempur itu dapat dibangunkan di Malaysia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Senator Filipina itu kerana sudi menyumbangkan peralatan digunakannya semasa latihan untuk ‘Pertarungan Juara-juara’ yang berlangsung di Bukit Jalil semalam kepada Malaysia.

“Apabila saya jumpa beliau pada minggu lepas, beliau kata selepas perlawanan itu beliau akan tinggalkan gelanggang dan infrastruktur untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Kami akan bincangkan apa yang akan dilakukan dengan peralatan itu,” katanya ketika ditemui semasa program taya­ngan awam perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Dataran Merdeka malam tadi.

Pada pagi semalam, Syed Saddiq bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, hadir menyaksikan pertarungan tali pinggang welterweight WBA di antara Pacquiao dan juara bertahan Lucas Matthysse dari Argentina.

Petinju berusia 39 tahun itu yang dikenali sebagai ‘Pac Man’ merampas kejuaraan selepas menewaskan Matthysse menerusi kiraan tumbangan knockout (TKO) pada pusingan ketujuh di hadapan kira-kira 14,000 penonton. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN