Kawat turut ceriakan Zulaikha - Utusan Malaysia

Kawat turut ceriakan Zulaikha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 16 Julai – Selain pemberian tangan palsu yang sudah dijanjikan oleh kerajaan negeri, Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, turut bertanyakan sama ada dia dapat memiliki patung beruang dan mainan masak-masak sebaik sahaja sedar setelah menjalani pembedahan.

Ibunya, Rohidayu Yusof memberitahu demikian kepada kumpulan wartawan yang membuat liputan tentang nasib malang anaknya itu yang terputus lengan kirinya setelah baju yang dipakainya tersangkut di rim motosikal dalam kejadian di Kampung Binjai Bongkok Marang, Khamis lalu.

Terpanggil bagi memenuhi impiannya, Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) melalui Timbalan Presidennya, Ahmad Shafri Husnaini Mohamad menghadiahkan ‘teddy bear’ dan set mainan masak-masak kepada murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Tasik itu, hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kawat, Rosalinda Md Said berkata, mereka merealisasikan impian kanak-kanak itu dengan sumbangan kecil yang diharap dapat menceriakannya sepanjang terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bagi menerima rawatan susulan dan pemulihan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN