GEORGE TOWN – Lima krew warga asing disahkan selamat selepas kapal kargo yang dinaiki mereka terlanggar bangkai sebuah kapal karam di perairan negeri ini dekat Permatang Damar Laut kira-kira pukul 5.30 pagi tadi. Mangsa terdiri empat lelaki warga China dan seorang warga Hong Kong dikatakan berjaya diselamatkan pasukan Polis Marin Batu Uban. Jurucakap Maritim Malaysia, Komander (M) Hamizan Harun berkata, kesemua krew berkenaan kini berada dalam keadaan selamat bersama ejen kapal berkenaan. “Akibat kejadian itu, kapal kargo Xin Yi Yi sepanjang 43.6 meter dilaporkan karam dan kerugian yang dicatatkan adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya