KUANTAN 5 Julai – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas motosikal dinaiki bersama rakannya dihempap dahan pokok yang tumbang akibat ribut di kawasan Balai Polis Kuala Krau, Temerloh dekat sini semalam. Mangsa, Nur Damia Hannah Kamarudin, 11, meninggal dunia kira-kira pukul 9 malam tadi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh manakala rakannya yang juga pembonceng motosikal, Nur Nabila Natasha Nizan, 12, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital sama.…










