Kanak-kanak mati terjerut tali bidai tingkap - Utusan Malaysia

Kanak-kanak mati terjerut tali bidai tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 22 Julai – Seorang budak lelaki berusia 20 bulan maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), di sini, kira-kira pukul 6.50 petang semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Azhari Zul Azri yang bermain bersama kembarnya dikatakan terjatuh dari sebuah sofa bersebelahan bidai berkenaan ketika ibunya, Nor Yasmin Mat Yassin , 36,  sedang mengerjakan solat Asar.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Abdullah yang mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut memberitahu, mangsa kemudiannya  disedari dalam keadaan  tidak sedarkan diri oleh ibunya.

Tambahnya, ketika kejadian bapa mangsa,  Zul Azri Hashim, 39,  seorang penyelia di tapak projek yang berkerjak tidak jauh dari rumahnya.

” Bapanya bergegas pulang ke rumah setelah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut sebelum mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan berhampiran,” katanya ketika dihubungi.

 Beliau berkata, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan bayi terbabit sudah meninggal dunia pada pukul 7.30 malam.

 Katanya,  jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Proses bedah siasat pada pagi ini  bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu, ” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN