terdengar kokokan ayam semput
anak laki menyimpan pukat
rumah dah tak selamat
sayangnya sungai dah diangkat
burung hinggap pada rambut
mencicip mengaduk abut
kacang buncis ditanam bantut
lalang gatal memagar rumput
tawa dan lari anak kecil kian surut
si tua takut diragut
dihadiahkan dengan wang sedut
oleh kapitalis buncit juga kalut
segalanya diserahkan dengan kusut
tidak akan kembali walau melutut
cucu cicit kekal menyebut
kenangan kampungku berkubur di laut.
OGIEY WAGIMAN
Kuching, Sarawak









