Kakak pesan hati-hati dengan lori - Utusan Malaysia

Kakak pesan hati-hati dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH 17 Julai – Hati-hati dengan lori. Itu pesanan terakhir Aida Suraini Iskandar Abdullah, 34, kepada adiknya, Siti Nur Aisah Aman, 21, yang maut selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah lori rosak di lorong kecemasan Kilometer 451.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Rawang di sini malam tadi.

Bukan itu sahaja, kejadian kira-kira pukul 10.10 malam itu turut meragut dua beradik yang juga anak saudaranya iaitu Iffa Qistina Aida Abdullah, 14, dan Mohammad Norridwan Abdullah, 10.

Aida Suraini berkata, dia sudah seminggu tidak bertemu dengan adik bongsu dari tujuh beradik itu dan anak saudara yang tinggal bersamanya di Taman Botanic, Klang setelah mereka ke Kampung Gajah, Perak.

Menurutnya, mereka ke sana untuk bertemu adik ketiganya iaitu ibu kepada Iffa Qistina Aida dan Mohammad Norridwan.

“Kira-kira pukul 5.30 petang semalam, mereka sempat buat panggilan video dengan saya. Kami berbual selama 20 minit. Sebelum ini saya minta dua anak saudara itu balik kerana sudah beberapa hari tidak ke sekolah.

“Pada masa itu saya lihat muka Iffa Qistina Aida nampak lain dengan matanya pun bengkak. Lepas itu saya cuba menghubungi mereka pada sebelah malam kerana masih belum sampai tetapi tidak dapat di hubungi,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN