Kaji semula kadar pemeriksaan pekerja asing - Utusan Malaysia

Kaji semula kadar pemeriksaan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Julai – Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menggesa kerajaan mengkaji semula kadar pemeriksaan kesihatan pekerja asing di negara ini setelah kali terakhir dibuat pada 1997.

Kaji semula kadar pemeriksaan pekerja asing
Mohd. Hatar Ismail

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema), Datuk Mohd. Hatar Ismail berkata, kadar pemeriksaan kesihatan bagi pekerja asing lelaki dan perempuan ketika ini adalah sebanyak RM180 dan RM190 seorang.

“Fomema ada membuat permohonan kepada kerajaan bagi mengkaji semula kadar-kadar pemeriksaan kesihatan ini kerana dari tahun 1997 tidak pernah berubah.

“Bagi saya ia (kajian kadar pemeriksaan) memang wajar dilakukan memandangkan kos bagi melakukan pemeriksaan doktor, imbasan x-ray dan makmal panel juga sudah berubah (meningkat),” katanya sempena Program Bersama Majikan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN