Kaji benarkan PBT ambil tindakan - Utusan Malaysia

Kaji benarkan PBT ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengkaji bagi membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap pemilik pusat hiburan keluarga yang menyalahguna lesen untuk tujuan aktiviti perjudian haram.

Zuraida KAMARUDDIN
ZURAIDA

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kementeriannya juga sedang meneliti peruntukan yang sesuai dibawah peraturan berkaitan bagi membolehkan PBT mengambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan.

“Tindakan terhadap salah guna tempat adalah dibawah kuasa polis manakala pengeluaran lesen pula PBT.

“PBT dapat aduan dan hanya boleh turun padang tetapi tidak boleh ambil tindakan. Jadi, kita akan kaji untuk benarkan PBT mengambil tindakan terhadap pemilik yang salah guna lesen,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Abdul Rahman mencadangkan agar pengeluaran lesen pusat hiburan Keluarga dihentikan bagi mengelak  lesen dan premis perniagaan itu  terus disalahgunakan bagi tujuan aktiviti perjudian haram.

Katanya, cadangan itu diusulkan pihaknya pada perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai langkah untuk membendung kegiatan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN