Kahwin bawah umur: Hakim Syarie perlu ada SOP baharu - Utusan Malaysia

Kahwin bawah umur: Hakim Syarie perlu ada SOP baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Satu garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) baharu perlu diwujudkan kepada hakim-hakim Syarie bagi membolehkan mereka membuat rujukan tepat sebelum meluluskan perkahwinan bawah umur di Malaysia.

Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 8 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002 sudah cukup baik, namun sedikit penambahbaikan perlu dilakukan.

“Setiap pasangan Islam yang ingin berkahwin di bawah umur perlu mendapat kelulusan hakim Syarie secara bertulis dalam hal keadaan tertentu. Dalam ‘hal keadaan tertentu’ itu bermaksud mereka (pasangan) perlu ada alasan kukuh sebelum pihak mahkamah membenarkan perkahwinan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pandangan saya undang-undang sedia ada sudah cukup baik. Cuma perlu penambahbaikan dari segi garis panduan dan SOP kepada hakim-hakim Syarie untuk membuat rujukan mengenai alasan yang dikemukakan pasangan yang membolehkan mahkamah membenarkan perkahwinan bawah umur,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau mengulas lanjut berikutan kes perkahwinan bawah umur pada 18 Jun lalu melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun bersama seorang peraih getah berusia 41 tahun.

Tambah Musa, garis panduan tersebut boleh dibuat melalui peraturan kecil atau pekeliling jabatan setelah melalui perbincangan dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN