Kahwin bawah umur akan diharamkan - Utusan Malaysia

Kahwin bawah umur akan diharamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil langkah sementara bagi mengekang perkahwinan melibatkan kanak-kanak bawah umur dan mengharamkannya sama sekali apabila tiba masanya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) itu akan dimuktamadkan bulan ini untuk mewujudkan langkah jangka pendek bagi mengetatkan undang-undang sedia ada sehingga kerajaan menemui penyelesaian untuk melarang sepenuhnya perkahwinan melibatkan kanak-kanak.

“Kami sedang menyediakan SOP bagi mengetatkan lagi undang-undang (sedia ada) kerana selagi terdapat peruntukan dengan kebenaran mahkamah, seseorang itu perlu menghormati undang-undang.

“Bagaimanapun, biarlah saya nyatakan di sini bahawa ini hanyalah suatu langkah sementara, namun jangka panjang itu sangat penting dan kami akan sampai ke peringkat iaitu perkahwinan kanak-kanak akan diharamkan,” katanya di lobi Parlimen semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN