Kad Kredit HLB GSC Mastercard khas untuk penonton wayang tegar - Utusan Malaysia

Kad Kredit HLB GSC Mastercard khas untuk penonton wayang tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hong Leong Bank (HLB) dengan kerjasama Golden Screen Cinema (GSC) melancarkan Kad Kredit HLB GSC Mastercard baharu khas untuk peminat filem tanah air.

Pelancaran kad kredit tersebut membolehkan pemegang Kad Kredit HLB GSC Mastercard menonton wayang di GSC dengan pelbagai manfaat seperti potongan harga tiket wayang sebanyak RM6 untuk semua filem yang ditayangkan di pawagam tersebut pada bila-bila masa.

Selain itu, pelanggan turut dapat menikmati potongan sebanyak 30 peratus untuk makanan dan minuman dengan tempahan tiket melalui laman web GSC serta aplikasi telefon pintar GSC.

Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee berkata, GSC sentiasa melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam perkhidmatannya untuk memberikan pelangan mereka pengalaman yang mengujakan ketika menonton wayang.

“Sudah hampir sedekad kami bekerjasama dengan Hong Leong Bank untuk menawarkan peminat filem kad kredit ini yang menawarkan banyak kelebihan apabila menontong wayang di pawagam kami.

“Kami amat teruja dan berbangga untuk turut menjalinkan kerjasama ini dengan Mastercard yang sekali gus membolehkan pelanggan kami menerima lebih banyak manfaat dan keistimewaan,” katanya pada majlis pelancaran Kad Kredit HLB GSC Mastercard di pusat beli-belah, Mid Valley di sini sebentar tadi. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, dengan penglibatan Mastercard dan kemaskini fungsi serta manfaat kad sedia ada, pihaknya yakin kad kredit tersebut akan menjadi peneraju dalam menawarkan pelbagai keistimewaan kepada penonton wayang tegar.

“Kami sangat berbesar hati dengan kerjasama yang teguh dan telah lama terjalin bersama GSC ini dalam memberikan ganjaran kepada pelanggan.

“Kami turut teruja bekerjasama dengan Mastercard dan GSC untuk memperkenalkan satu kad kredit yang memberikan pelanggan kelebihan dalam gaya hidup mereka apabila membeli tiket, makanan dan minuman melalui platform digital GSC sama ada melalui laman web mahupun aplikasi telefon pintar,” katanya.

Pelanggan bukan sahaja dapat menikmati potongan harga tiket wayang dan makanan serta minuman di GSC, malah mereka turut dapat menikmati tiga kali mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan luar negara atas talian serta di GSC.

Penebusan mata ganjaran pula boleh dibuat untuk tiket wayang 3D, 4DX, tempat duduk berkembar, D-Box, MAXX, Premium Leather Seats dan makanan serta minuman di semua panggung GSC termasuk dewan Signature.

Pelanggan juga bakal mendapat potongan sebanyak 20 peratus apabila menikmati hidangan di semua restoran dan kafe dalam panggung GSC. 

Lebih menarik, pelanggan yang baru mendaftar sebagai pemegang Kad Platinum dan Emas, mereka masing-masing bakal mendapat 10 dan lima tiket wayang sebagai saguhati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN