Juventus beli Ronaldo 99.2 juta - Utusan Malaysia

Juventus beli Ronaldo 99.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo ak-hirnya diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Juventus selepas berhijrah daripada Real Madrid.

Pemain berusia 33 tahun itu membuat keputusan menyertai juara Itali itu de-ngan nilai perpindahan £99.2 juta (RM529.9 juta) selepas menyarung jersi Real selama sembilan tahun.

Ronaldo yang juga kapten skuad Portugal mengakui, pemain-pemain yang seusia dengannya pasti memilih untuk berkelana ke China atau Qatar berbanding kekal beraksi di pentas Eropah.

“Datang ke sini (Juventus) pada usia sebegini, ia membuatkan saya gembira. Saya tidak mahu menjadi seperti pemain lain yang menganggap karier sudah berakhir apabila usia menginjak ke 30-an.

“Saya mahu buktikan bahawa saya merupakan seorang pemain berbeza. Saya mungkin sedikit emosi kerana sekarang sudah berusia 33 tahun, bukannya 23 tahun. Saya mahu ia menjadi motivasi kepada saya untuk masa depan,” kata Ronaldo.

Pemain yang memegang rekod penjaring terbanyak Real dengan 450 gol itu tekad untuk memenangi Ballon d’Or keenamnya bersama Juventus meskipun sedar ia bukan perkara mudah.

“Saya sentiasa dahagakan kemenangan dan mahu jadi yang terbaik. Mungkin saya akan memenangi Ballon d’Or di sini tetapi biarlah masa yang menentukannya. Sukar untuk lakukannya di Real atau Manchester United, jadi saya harap ia akan berulang,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN