IPOH – Padah mencuri dan menyalahgunakan harta kerajaan, seorang juruwang di sebuah stesen minyak dihukum penjara enam bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman tersebut kepada Thur Aqil Zaharuddin, 20, selepas dia mengaku bersalah selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan. Mengikut pertuduhan pertama, Thur Aqil didakwa menyalahgunakan satu kad inden Petronas berjumlah RM12,066 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kegunaan peribadi…










