Jurutera wanita ditemukan mati tergantung dalam bilik air hotel - Utusan Malaysia

Jurutera wanita ditemukan mati tergantung dalam bilik air hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 5 Julai – Seorang wanita ditemukan mati tergantung di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Datuk Lau Phak Kuan, di sini hari ini.

Mayat wanita berusia 27 tahun yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat komputer ditemukan pada pukul 9.05 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Thamby berkata, soal siasat terhadap kakak mangsa mendapati wanita itu mempunyai penyakit bipolar atau kemurungan dan sedang menjalani rawatan di Singapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kali terakhir kakak mangsa bertemu dengan adiknya itu pada awal bulan Ramadan yang lalu,” katanya, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, mayat wanita itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat.

Kata beliau, hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada tekanan pada bahagian leher kerana tergantung.

“Keluarga mangsa telah hadir untuk menuntut mayat selepas proses bedah siasat.

“Polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah yang berkaitan dengan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN