KUALA LUMPUR 6 Julai – Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan semalam kini sudah menerima sumbangan sebanyak RM86,282.
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Razlan Rafii berkata, beliau menerima banyak mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tentang hasrat orang ramai untuk menyumbang sebagai membalas jasa baik bekas Perdana Menteri tersebut.
“Lebih 1,000 WhatsApp dan SMS dihantar kepada saya dengan slip sumbangan, semuanya mendoakan @NajibRazak cekal. Mereka semua ikhlas menyumbang, ada yang menangis menelefon saya, Najib banyak bantu orang kita kena bantu dia.
“Tuan penyumbang ini ada baki RM123 sahaja tapi menyumbang RM100 kepada @NajibRazak. Seikhlasnya rakyat terus menyayangi DS Najib teruskan berjuang,” katanya dalam status di twitter beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE










