Jumlah korban banjir di Jepun meningkat 200 orang - Utusan Malaysia

Jumlah korban banjir di Jepun meningkat 200 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KURASHIKI 12 Julai – Selepas dilanda banjir besar dan beberapa siri kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan minggu lalu, Jepun kini berdepan dengan risiko merebaknya pelbagai penyakit berikutan cuaca panas melampau dan gangguan bekalan air.

Hujan lebat berpanjangan di bahagian barat Jepun mengakibatkan bencana terburuk dalam tempoh 36 tahun dan telah meragut 200 nyawa yang kebanyakan mereka tinggal di lereng-lereng bukit.

Bencana alam semakin buruk sejak kebelakangan menimbulkan kebimbangan kesan daripada pemanasan global dan tahun lalu sebanyak 12 orang terbunuh dalam kejadian sedemikian.

“Kejadian hujan lebat luar biasa semakin kerap kini,” kata Ketua Setiausaha, Yoshihide Suga kepada pemberita di Tokyo.

Menyelamatkan nyawa, katanya, kini menjadi tanggungjawab terbesar kerajaan.

“Kami sedar keperluan kepada langkah bagi mengurangkan kerosakan akibat bencana alam sebegini,” katanya yang tidak menjelaskan bentuk tindakan yang bakal diambil.

Lebih daripada 200,000 isi rumah kini terputus bekalan air selepas seminggu bencana melanda dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.

Lebih 70,000 anggota tentera, polis dan bomba kini berusaha mencari mayat mangsa yang terkorban. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN