Jumlah kes HFMD meningkat di Johor - Utusan Malaysia

Jumlah kes HFMD meningkat di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Julai – Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menunjukkan peningkatan sebanyak 37 peratus, iaitu daripada 1,607 kes pada tahun lalu menjadi 2,215 kes setakat ini pada tahun ini.

Dr. Sahruddin Jamal
SAHRUDDIN

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal, hingga 21 Julai lalu, tiada kematian dilaporkan berpunca daripada penyakit HFMD.

“Hingga kini, sebanyak 320 kes melibatkan tadika atau prasekolah dilaporkan, iaitu 14.4 peratus dengan sejumlah 32 premis dinasihati tutup bagi tujuan pembersihan dan memutuskan rangkaian jangkitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penyelia pusat jagaan juga diberikan pendidikan kesihatan tentang kepentingan kebersihan diri dan premis serta disinfeksi. Jabatan Kesihatan juga menggesa penyelia premis untuk melakukan saringan kesihatan kepada kanak-kanak yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×