JTK lancar Ops Patuh - Utusan Malaysia

JTK lancar Ops Patuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 16 Julai- Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melancarkan Ops Patuh 2 di sekitar bandar ini dan Kuala Krai bermula pukul 9.30 pagi ini.

Melalui operasi tersebut jabatan itu telah memeriksa sebanyak 12 buah premis di dua buah bandar berkenaan.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Rosli Omar berkata, hasil pemeriksaan tersebut pihaknya mendapati premis terbabit telah melakukan enam kesalahan.

“Terdapat beberapa kesalahan yang di lakukan oleh majikan premis selepas diperiksa, salah satunya tidak melaporkan pekerja kepada JTK.

“Jika majikan yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pekerja, mereka akan di denda tidak melebihi RM10,000,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JTK Kelantan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN