MUAR 24 Julai – Johor akan meneliti terlebih dahulu permintaan Melaka untuk meningkatkan kapasiti bekalan air mentah ke negeri itu biarpun tidak berdepan masalah ketika ini. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, mengikut perjanjian asal yang dimeterai antara kedua-dua negeri itu pada 10 Ogos 1991, Johor bersetuju membekalkan sebanyak 35 juta gelen air mentah sehari kepada Melaka. Menurutnya, perjanjian yang tamat pada 2090 itu boleh dikaji semula sekiranya Melaka memerlukan…










