JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian mempertahankan keputusan pihaknya dalam memberi 10 meter padu air percuma kepada isi rumah berpendapatan rendah di negeri ini. Beliau menegaskan usaha itu dibuat setelah mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri serta ingin memenuhi manifesto Pakatan Harapan dan membantu rakyat berpendapatan rendah. Dengan inisiatif itu, sesebuah isi rumah yang memperoleh bil air, contohnya, RM100 hanya perlu bayar RM90 kepada Syarikat Air Johor (SAJ) Ranhill…










