JKM hantar laporan kes budak kahwin - Utusan Malaysia

JKM hantar laporan kes budak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Julai – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini sudah menghantar laporan kepada Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga mengenai kes kanak-kanak berusia 11 tahun di Gua Musang yang berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…
JKM hantar laporan kes budak kahwin
Said Sidup

Pengarah JKM negeri, Said Sidup berkata, satu mesyuarat khusus mengenai kes berkenaan akan diadakan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya di Parlimen esok.

 “Pihak kami sudah turun berjumpa keluarga dan kanak-kanak berkenaan dan menghantar laporan hasil pertemuan kepada Timbalan Perdana Menteri semalam.

 “Kes ini melibatkan pelbagai pihak dan agensi, jadi satu mesyuarat bersama akan diadakan esok,”katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

 Akhbar hari ini melaporkan mengenai kanak-kanak yang berasal dari Selatan Thailand yang dikatakan berkahwin dua minggu lalu dengan lelaki yang didakwa sudahpun mempunyai dua orang isteri.

 Ibu bapa kepada kanak-kanak ini telah membawa anak mereka itu ke Narathiwat untuk dinikahkan di sana pada hari raya Aidilfitri keempat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN