Jho Low: PDRM tunggu maklum balas Macau - Utusan Malaysia

Jho Low: PDRM tunggu maklum balas Macau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklum balas dari pihak berkuasa Macau untuk mengambil tindakan terhadap ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang diburu berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa Macau namun masih belum menerima sebarang maklum balas. 

“Kita dimaklumkan Jho Low berada di Hong Kong dan apabila pasukan PDRM tiba di sana, pihak berkuasa Hong Kong mendapat maklumat dia telah berlepas ke Macau melalui feri.

“Jadi kita telah menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa Macau dan jika mereka sahkan dia berada di sana, tindakan akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-83 Koperasi PDRM Berhad di Kuala Lumpur hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN