PUTRAJAYA 5 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat bahawa ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low telah melarikan diri ke Macau. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, maklumat berkenaan diperoleh menerusi sepasukan pegawai polis yang dihantar menjejaki Jho Low di Hong Kong. “Maklumat terbaharu yang polis dapat ialah Jho Low berada di Macau. Ini maklumat yang diterima sepasukan polis yang dihantar ke Hong Kong untuk menjejaki beliau,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Mohamad Fuzi berkata demikian selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Kementerian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya