Jho Low kini berada di Macau - Utusan Malaysia

Jho Low kini berada di Macau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Teka-teki me­ngenai lokasi persembunyian ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan hartawan kontroversi itu disahkan melarikan diri ke Macau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, maklumat berkenaan lokasi ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low itu diperoleh menerusi sepasukan pegawai polis yang dihantar menjeja­kinya di Hong Kong

“Maklumat terbaharu yang pihak polis terima dia (Jho Low) berada di Macau. Kita telah menghantar pa­sukan ke Hong Kong tetapi apabila sampai di sana Jho Low (lari) ke Macau,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jarak antara Malaysia dengan Macau ialah sekitar 2,350 kilometer.

Mohamad Fuzi berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Kementerian Dalam Negeri yang dihadiri Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan kementerian berkenaan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN