Jenazah Noorakhirludin selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Noorakhirludin selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM – Jenazah Noorakhirludin Alam Mohammad Noor seorang daripada mangsa yang maut dalam kemalangan enam kenderaan di Kilometer (KM) 44 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan dekat Persimpangan Rawang, Selangor semalam selamat dikebumikan awal pagi ini.

Jenazah Noorakhirludin Alam, 49, tiba di rumah keluarganya di Sama Gagah, di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sama Gagah kira-kira pukul 2 pagi untuk dikebumikan.

Anak sulungnya, Farah,17, berkata, mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa ayahnya dan berharap adiknya Ezzudin yang mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Sungai Buloh cepat sembuh.

Katanya, sejak ayahnya disahkan menghidap penyakit batu karang bulan lepas, arwah selalu berpesan kepadanya supaya menjaga ibu dan tiga adiknya dan beliau langsung tidak menyangka itu petanda Noorakhirludin Alam akan meninggalkan mereka sekeluarga.

“Kali terakhir saya bertemu dengan ayah pada Sabtu lepas ketika ingin pulang ke asrama Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB) yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Bertam, Kepala Batas. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN