Jenazah Nik Muhammad Addin selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Jenazah Nik Muhammad Addin selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jenazah Nik Muhammad Addin Nik Azmi, 18, yang maut selepas tergelincir dari balkoni sebuah bangunan tingkat empat di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, Sepang selamat dikebumikan kira-kira pukul 3 petang di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan PJS/4 di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah arwah disembahyangkan di Surau Al Husna, Jalan Medan 23, Taman Medan Baru pada pukul 2.30 petang tadi.

Mangsa merupakan pelajar lelaki jurusan sains berkenaan dipercayai hendak menghubungi ibunya sebelum tergelincir jatuh ke bawah dari ketinggian empat tingkat kira-kira pukul 11.32 malam semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN