Jemaah Malaysia mudah sakit - Utusan Malaysia

Jemaah Malaysia mudah sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH – Kurang latihan fizikal semasa di tanah air di sam­ping amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang meminum air antara penyebab utama kebanyakan jemaah haji cepat merasa penat dan jatuh sakit semasa di Tanah Suci.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan), Dr. Mohd. Shaffari Marzuki berkata. bagi musim haji tahun ini, kira-kira 1,600 jemaah yang majoriti berumur 60 tahun dan ke atas telah mendapatkan rawatan pesakit luar di pusat rawatan dan klinik-klinik maktab setakat ini.

“Walaupun kebanyakan jemaah kita bersemangat tinggi, saya rasa kemampuan fizikal itu masih perlu dipertingkatkan terutamanya semasa mereka berada di tanah air lagi.

“Kekurangan latihan fizikal ditambah dengan amalan pemakanan yang tidak betul mengakibatkan kebanyakan jemaah haji cepat merasa penat dan mengalami sakit-sakit sendi apabila menunaikan ibadah di sini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN