Jemaah haji pertama berlepas - Utusan Malaysia

Jemaah haji pertama berlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Kumpulan pertama dan kedua seramai 973 bakal jemaah haji telah selamat berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Kumpulan pertama (KT01) yang terdiri daripada 483 bakal haji berlepas ke Tanah Suci dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8100 pada pukul 5.50 pagi.

Kumpulan kedua seramai 490 bakal haji pula berlepas dari KLIA dengan menaiki pesawat Flynas XY5641 pada pukul 9.15 malam tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof berkata, beliau bersyukur proses dokumentasi dan penerbangan kedua-dua kumpulan itu berjalan lancar.

“Saya difahamkan kumpulan pertama bakal haji kita telah selamat sampai di Madinah pada pukul 3.30 petang (waktu Malaysia).

“Bagi kumpulan kedua ini pula, saya diberitahu bahawa segala proses dokumentasi berjalan lancar dan tidak ada sebarang masalah yang timbul,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN