Jelaskan isu percanggahan tarikh - Utusan Malaysia

Jelaskan isu percanggahan tarikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pergerakan Wanita UMNO mendesak kerajaan Pakatan Harapan memberikan penjelasan berkaitan percanggahan tarikh pengumuman dan pengesahan nama calon Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti yang diumumkan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah hari ini.

NORAINI AHMAD
NORAINI

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad menjelaskan, berdasarkan laporan media sebelum ini kenyataan pemimpin Pakatan Harapan mengenai tarikh sebenar notis maklum Yang Dipertua Dewan Rakyat dilihat bercanggah dan menimbulkan kecurigaan.

“Keadaan ini bercanggah dengan kenyataan berkenaan cadangan calon Yang Dipertua Dewan Rakyat oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan bermula dari 6 Julai 2018 dan pengesahan oleh Pengerusi Pakatan Harapan pada 15 Julai 2018.

“Percanggahan ini telah menimbulkan kecurigaan apakah tarikh sebenar notis makluman Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dimanipulasi kerajaan untuk mematuhi peraturan mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, pagi ini Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof menjelaskan, pelantikannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sama sekali tidak bercanggah dengan Perkara 4(1) Peraturan Mesyuarat seperti didakwa pembangkang.

Jelasnya, surat yang mencalonkan namanya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat telah diserahkan pada 2 Julai lalu, iaitu 14 hari sebelum persidangan Parlimen yang bermula hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN