KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri apabila terus melakar sejarah baharu dalam Liga Malaysia (Liga M) setelah menjadi pasukan pertama menjuarai Liga Super buat kali kelima berturut-turut. Kejayaan itu hadir sejurus kemenangan 2-1 ke atas Perak selepas dua gol skuad Harimau Selatan dijaringkan oleh Haris Harun dan Safawi Rasid, manakala gol sagu hati The Bos Gaurus hadir menerusi Mohammad Nor Hakim Hassan. JDT juga mengesahkan bakal beraksi…










