KUALA LUMPUR 24 Julai – Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi berharap dapat menutup tirai Liga Super 2018 dengan mencatat satu lagi kemenangan apabila menentang Kuala Lumpur dalam aksi terakhir liga di Stadium Larkin, Sabtu ini. Longhi berkata, beliau amat gembira dengan prestasi skuad Southern Tigers musim ini apabila memenangi 18 perlawanan, dua seri dan kalah sekali. JDT melakar kemenangan terbaru malam tadi apabila mengalahkan wakil Perak, PKNP…










